Adik (Bain)

Adik (Bain)
Adihattim

16 Disember 2010

Botol susu......

Anak Saya si Adi sudah pandai pegang botol susu.


Haaa nak tunjuk kat mam n abah la tuu


Ni gambar adi dah malas nak pegang botol lama2.Mama yee jugak yang kena pegang..NASIB LAA

Umur Adi sekarang dah 6 bulan .
Adi sekarang saya dah badi makan bubur nasi
Kat sini saya nak kongsi gan kengkawan resipi yang direka sendiri untuk Bayi 6 bulan dan keatas..
Hasilnyee memang amat memuaskan..

BuBur Nasi ADI
BERAS     =  2 SUDU TEH
TOMATO   =  1/4 BIJI
KENTANG   =  1/4 BIJI
LOBAK MERAH   =  1/2 BIJI
PISANG BERANGAN   =  1/4 BIJI
AIR   =  31/2 CAWAN


CUBALAH UNTUK BAYI KANGKAWAN...SEDAP....RESIPI YANG SAYA HASILKAN INI KESANNYEE ADI SENANG UNTUK BUANG AIR BESARNYEE...DAN ADI MEMANG SUKA MENU BUBUR NASI DIATAS.
KALAU NAK TAMBAH PERASA SEPERTI GULA DAN GARAM PUN BOLEH JUGAK TAPI DOKTOR TAK GALAKKAN BAYI DIDEDAHKAN GAN PERASA LAGII..........JADI TAK PAYAH LAA MASUKKAN GARAM ATAU GULA DULU..TUNGGULAH BAYI ANDA UMUR 1 TAHUN BARU DEDAHKAN GAN PERASA...hEEEEEE......
KALAU KENGKAWAN NAK LAGI RESIPI UNTUK SI COMEL ANDA NANTI SAYA MASUKKAN...TUNGGU222

06 Disember 2010

Khasiat Timun

Antara fungsi timun ialah untuk menyejukkan badan, samada digunakan secara dalaman atau luaran. Timun yang tergolong dalam jenis pokok yang menjalar, dipercayai berasal dari Asia Selatan. Ia dikatakan telah ditanam sejak 3000 tahun dahulu dan menurut karya Mesir, timun mempunyai hubung kait untuk perawatan kulit.

            Timun sangat kaya dengan kandungan mineral. Kandungan mineral yang ada pada timun adalah potassium, magnesium, kalium, zat besi dan fosforus. Karena kandungan potasium, magnesium dan fosforus ini, timun sangat baik sebagai rawatan untuk hipertensi. Ia juga mengandungi kalsium, zat besi & Vitamin C. Berdasarkan kandungannya, tidak hairanlah ia menjadi penawar mujarab beberapa jenis penyakit. Yang penting ianya mampu mengekalkan kandungan alkali dalam darah kita.

            Jika mengalami sembelit, ia dapat diatasi dengan mengamalkan makan timun setiap hari. Kandungan jus di dalam timun amat mujarab untuk merawat gastrik, ulser serta kandungan asid tinggi. Jika jus dicampurkan dengan perahan lobak merah & saderi, ia dapat mengatasi masalah pusingan asid seperti gout, reumatik & artritis. Bijinya pula kaya dengan potasium. Cecair daripada bijinya dapat merawat masalah kekerapan buang air kecil.

            Selain itu, perahan airnya juga boleh merawat kudis. Untuk mendapatkan kesan mujarab, perahan timun boleh dicampur dengan jus lobak & salad. Parutan timun juga boleh digunakan untuk rawatan kecantikan seperti masalah jerawat. Campur parutan timun dgn kuning telur. Kacau sebati & sapu pada seluruh muka. Biar 15-20 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan selalu supaya jerawat cepat kering.

            Timun juga berfungsi sebagai merawat kulit yang terbakar. Ini kerana timun sifatnya adalah sejuk. Alirkan air sejuk ke kawasan kulit yang terbakar dan tuamkan dengan hirisan timun. Biarkan beberapa minit bagi proses pemindahan haba dari tisu kulit. Hirisan timun juga boleh digunakan sebagai penyejuk demam, sesak dan pening kepala, mata letih, kaki berdenyut dan sebagainya..

            Selain itu, kulit muka yg kasar juga boleh dirawat dengan menggunakan timun. Caranya, parut timun & ambil air perahan timun & gaul dgn tepung jagung. Sapu ke seluruh muka pada setiap malam sebelum tidur.

            Kita juga boleh mengatasi masalah panas badan dengan timun. Boleh dikisar sehingga halus dan buat sebagai bahan minuman dengan mencampurkannya bersama sedikit gula. Kacau hingga sebati & simpan dalam peti sejuk. Kemudian minumlah 2 atau 3 kali sehari.

Banyak lagi kebaikan timun boleh dimanfaatkan jika kita memahami fungsinya. Mungkin pembaca juga boleh berkongsi sama info atau maklumat yang diketahui tentang khasiat timun.

Info sihat ini dipetik dari Majalah Anis

29 November 2010

Gabra Gila .......Hari nii

Di sini saya nak konsi cerita yang kelakar dan gabra gila jugak la..
Kisah yeee beginiiii....................................................................
                     Seperti biasa la saya bagun pagi mandi ,solat dan terus siap nak pi jaga SPM..
                     Sebelum ke sek.yang kena mengawas nii hantar anak kat tempat gasuh dulu...
                     Dah hantar anak terus ke tempat yang nak dituju laa,,,,
                     Nak tahu saya nii baru jee kat JB niii..Jadi tak tahu lagi jalan2 kat c nii..
ok la nak jadi kan cerita dengan selambenyee saya masuk lorong salah....Yang bestnyee tuan punya kereta  Myvy nii selisih gan saya dok pandang macam nak makan org...Dalam hati apa la mamat niii........macam tak pernah tengok perempuan bawa kereta (saya bawa dengan cermat dan berhati222 )....

                    Saya terus memanduu..dalam 100 km dah nampak persimpangan lampu isyarat...Tiba222
PHonnnnn...PHonnnn ...Baru saya sedar saya salah masuk lorong.......Dalam hatii punyalaa takut dan gabra... AduHHHHH nak buat macam mana niiii........

                   Apa lagi saya pun bagi lampu lip--lap... siap gan tangan sekali minta kereta belah bagi laluan nak "u" turn balik..............Waktu tuuu Tuhan jee yang tahu perasaan kuu ini......Aduhhhhh lepas nii tak nak ambil lagi jalan tuuu...Lepas kejadian tuuu cepat222 ajak suami ronda22 tunjukkan jalan.......HEEEEE

Pernah alami peristiwa macam saya alami......cerita la sikit kat c niii:)))

26 November 2010

Salam Petang

Salam satu Malaysia dan salam petang222
Tentu rakan222 blog sedang berehat dan minum petang kan...
Tak kisahlah minum kee atau makan......yeeee janji perut diisi
                  Minggu lepas tak dapat entry coz terlalu sibuk dan emak dan ayah dari kampung datang bertandang..Tak sempat lansung nak buka kom...
Tapi apapun tak jadi masalah kannn......
Kalau kita setia gan blog pasti kita akan buka serta buat apa yang patut...
Tak la sampai bersawang blog kita kannnnnn................................
           MACAM MANA PENGALAMAN KENGKAWAN BLOG MENYAMBUT RAYA KORBAN...ADA OK KE KO....HARAP222 SEMUANYEEE OK..
TAPI KALAU ADA CERITA YANG NAK KONGSI BERSAMA SAYA SILALAH ENTRY SAYA.....KITA KONGSI CERITA BERSAMA222..

17 November 2010

SPM ohhhhh SPM....

KENYATAAN MEDIA PEPERIKSAAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) TAHUN 2010 Peperiksaan bertulis SPM 2010 akan berlangsung dari 23 November hingga 20 Disember 2010. Seramai
467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun ini di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara. Seramai 26,142 orang petugas peperiksaan dan 22,183 orang pemeriksa skrip jawapan calon telah dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar dan keputusan dapat diumumkan seperti dijadualkan.
Sumber (Kementerian Pelajaran Malaysia )
Butiran calon adalah seperti jadual di bawah: Bil Jenis Calon Jumlah Calon
1. Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan 410,083
2. Calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera 7,216
3. Calon Sekolah Menengah Agama Negeri 8,127
4. Calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat 11,248
5. Calon Persendirian Perseorangan 31,296
Jumlah Besar 467, 970

Raya Korban....

SELAMAT HARI RAYA KORBAN........
                              Selamat menyambut hari raya korban ..........
                                                                           korban Lembu......
                                                                           Korban Hati.........
                                                                           Korban Jiwa........
                                                                           Korban Raga..........
SEMUALA SEWAKTU DENGANNYEE..
tAPIjangan pulak jadi mangsa korban jalan raya...

P/S: Nasihat Saya: HATI2 DI JALAN RAYA /PANDU PELAHAN JIWA SELAMAT//....

BAIK LEMBU NII DIBUAT KORBAN..(SIHAT )

13 November 2010

Bagaimana Cara Nyee..

Salam satu malaysia buat kengkawan semua..
Malam yang indah lagi sejuk inii,,,
Saya nak taya sikit kat kengkawann..

BAGAIMANA NAK TAMBAH BIL.FOLLOWER BLOG KITA EEE

kONGSI LA PETUA ATAU APA AJE GAN SAYA..
           V
           V
           V

Saya tungggu yeee..

11 November 2010

Terlupa....Aduhhh

Hello!!!! Helllooo!!! dan salam semua..
Petang2 nii baru dapat buka com....dan Entry.
Pagi tadi sanggat sibuk sampai tak sempat
nak lihat blog sendirii...................

Saya nak konsi cerita gan kengkawan sikit...
Ceritanyee mengenai pagi tadii...
Macam biasa bangun pagi sebelum subuh dan terus mandi laa..
Lepas solat saya terus bersiap nak ke sek.......

Saya ni tak boleh serabut dan kelam kabut pada waktu pagi..
Bukannya apa nanti tertinggal barang dan kerja tak menjadii....
Nak dijadikan cerita memang pagi tadi saya terlupa beg pakaian baby saya
Saya jugak tertinggalkan handphone kat umah.....

Ini semua disebabkan hati saya runsing dan anak saya yang abang (Bain)
dok nagis jeeee...Dia bangun pagi tak nak ikut abahnyee ke Taska..
Bain nak saya yang hantarkannn........
Dia dok nagiss jee saya pun setuju la nak hantar dia kat Taska...

Dek kerana Bain dok nagis sepanjang masa saya dah kelam kabut...
Mahu ke taknyee lambat nak ke sek...
Bawa Bain dan adiknyee masuk ke dalam kereta saya terus start kereta la..
Apa lagi saya pecut laaa...takut lambat sampai ke sek..(PEngetua garang Takut)

Sampai jee kat sek dan pusat asuhan baby saya pun angkat baby .......
Sambil tuu dok cari beg baju baby....
EhHHH mana plak letaknyee beg nii...
Cari punya cari...baru ingat saya tak masukkan ke dalam kereta......
AdUHHHHHHHHHHHH parah niii......BEkalan utk baby tak dak niii..

Lepas hantar baby apa lagi saya pun pecutkan kereta sekali lagi
Balik umah ambil beg baby...
Nasib baik la sek..gan umah 15 minit jeeee............

Selamat baby saya ada jugak baju nak dipakai hari niii...
Kalau takkk tak tahu laaaa...........

           P/S: Adakah kengkawan pun alami peristiwa telupa seperti saya...
                  Konsi la bersama saya .........YEEEE

09 November 2010

Hantaran....

Sesiapa yang bakal nak bertunang tuu boleh lah....
Ambil contoh hantaran ...Ini semua saya yang buat tau...Nii Hantaran masa adik tunang.

08 November 2010

Jam 9.40 MLm

Jam menunjukkan hampir 10.00 mlm....
Aku masih lagi setia gan blog kuuu......
Kejab aku dok BW blog kawan2...
Kejab aku masukkan Entry baru....

            Top22 aku dah rasa gantukkk....
            Biasala dah malam pun................
            Anak aku si bain dok kacau jeee.....
            Dia pun nak karang cerita jugak....

Si Bain asyik dok suruh aku pandang dia jeee...
Marah coz aku dok taip jeeee.......
Katanyeee "Mama Tengok Bain niii."Tengok la MAMA"
"Bain Dah pandai pakai seluar sendiri nii"

          Apa lagi aku pun terkejut la..Sebelum nii nak pakai
seluar kena Mamanyee pakaikan......Tapi malam nii Bain dapat pakai
seluar sendiri.........Gembiranyee dan bangga sekali laaa..Lepas nii
Aku tak yah lagi tolong pakaikan seluar si Bain lagiii....... Biar dia
buat sendiri..............................

p/s: Sabar dalam mendidik anak sehingga berhasil....

Petua Hilangkan Bau Dalam Peti Ais

Sekiranya peti ais anda berbau busuk dan bau yang tidak menyenangkan, arang yang diletakkan dalam peti air mampu menghilangkannya. Dapatkan arang, tidak perlu banyak. Letakkan dalam mana-mana ruang peti air anda.

Sekarang terdapat arang untuk digunakan dalam peti ais dibuat daripada arang buluh. Ia mampu menghilangkan bau peti ais dan bertahan sehingga 6 bulan.

Bain (6 Bulan).....

Percaya ke tak anak saya si Bain nii
sudah pandai makan buah Oren
Mula tuu bagi rasa sikit2 jeee......
Tapi siap nangis nak lagi......
Sampai sekarang nii Bain suka makan buah oren tu......

07 November 2010

Kerja ohhh Kerja..............

Hari minggu nii dok kat umah jeee..
Tak ada idea la nak story morey niii..
Saya dok baiki blog jee.Tambah itu tambah inii..
Yeee nak nampakkan blog yang gancam lagi terancam..

Suami dok sibuk buat kerja pejabat jee..
Cuti pun dok pi office...
Office tuu macam umah ke-2 dia jeee..
Boring jugak nii,,Dok saya jee yang kena jaga anak nii..

Yang tak best yee tak leh nak jahit baju raya niii..Suami terlalu sibuk.
Saya kesian kan dia tu yang benarkan dia pi office waktu cuti2 nii.
Katanya kat umah anak sulung kami si Bain dok kacau jee..
Tak siap kerja katanyaeeee...

Yeee laa..Pergii laa siapkan kerja tuuu..
janji bila balik jaga anak plak dan main gan anak ..
Ok katanyeee...Heeeeeeeee

03 November 2010

Banjir Besar di utara..

Waaa....Kedah banjir......
Boleh ke tak balik kampung masa cuti sekolah ni eee..!!!!!
Teruk banjir kali nii yee.
Saya dah mula risau sebab negeri kedah banjir.

Lepas jee dengar berita tentang banjir semalam saya pun terus call ayah.
Tanya ayah umah masuk air ke!!!!!
Ayah kata tak....Kalau kawasan kampung kita naik air maknanya kedah nii teruk..
Sebab kawasan kampung saya atas bukit..Kira tinggi laa.

Ayah kata hujan turun tak henti2 selama 40 jam tu yang banjir..
Tapi kawasan pokok sena kira ok lagi laaa..Cuma alor star dan kuala nerang teruk.

Dok cerita tentang banjir nii.....Nak jugak kongsi
pengalaman saya masa alor star banjir teruk dulu..
Masa tuu tahun1993 atau 1995 lebih kurang dalam tahun tuu la.
Saya dan keluarga pergi la melawat makcik yang tinggal dekat alor star..
Umah mak cik nii kat tengah sawah padi...

Bila banjir nampak macam lautan dan bumbung umah jee yang tinggal.
Masa saya melawat mak cik kat umah dia masih banjir lagi.
Tapi kira ok  sikit la..Ok pun airnya masih paras paha org dewasa,

Saya dan keluarga nak merasa pengalaman banjir
tu yang pergi melawat makcik kat alor star..
Kereta kita org letak kat hujung jalan..Jadi saya gan keluarga pun
jalan untuk ke rumah makcik..Jauh jugak la dalam 500 kilometer.

Barang2 umah makck ok sebab umah makcik 2 tinggkat..
Nasib baik makcik saya sempat naikkan barang2 ke tingkat atas..
Lepas makan tengah hari Saya pun berehat la kat atas tangga dalam umah..
Air banjir kat umah makcik tu kira jernih jugak boleh nampak >>
Haaaaa nak tahu saya nampak apa?????
Dalam air tu saya nampak ikan.....
Ehhh ikan laa.(Best yee boleh goreng nii)
Nampak Udang galah...(umah makcik dekat gan kolam udang galah..so udangnye telepas)
Boleh goreng jugak nii
Nampak katak  EEE geliyee(yang ni tak leh goreng ni)
Nampak lintah    EEEEEEE  dah mula takut dah.
Last sekali saya nampak ular..tak tahu la ular air ke ular apa...(terus menjerit)

Dah nampak semua tuu mula ajak mak dan ayah balik....
Lepas nii tak nak pi umah makcik lagi masa banjir...
Ehhh takut .........Kenanggan yang tak dapat dilupakan masa musim banjir..HEEEE
p/s : Meralnyeee jangan main air semasa banjir...."Bahaya"

01 November 2010

Hiduppppp.....Cikguuuu seMalaysia

MEKAR GAGASAN – SUMPAH GURU 1MALAYSIA
(Dedikasi Buat Para Guru Malaysia )
Disampaikan di Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malysia
di Stadium Putra, Bukit  Jalil pada 16 Oktober, 2010.


Aduhai, bangsa Malaysiaku
Benarlah, kata sang pujangga
Ilmu itu ibarat pelita, guru itu bagaikan lilin
Rela membakar diri, menebar  ilmu
Jasa dan bakti dicurah tanpa jemu
Cahaya melimpah di segenap penjuru.


Aduhai, bangsaku, bangsa Malaysia
Benarlah kata Sasterawan Negara
Guru...Dialah bapa, dialah sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan  nasihat
Guru adalah pemimpin, ditauliahkan segala umat
seribu katanya menjadi hikmat.

Seorang Raja yang memerintah negara
Seorang Perdana Menteri yang memimpin bangsa
Seorang Ulama yang menjaga hal ehwal agama
Seorang Peguam yang mengendali bicara
Seorang Jurutera yang merencana pembangunan nusa
Hatta, seorang Tukang Sapu yang kecil pendapatannya, juga
Sejarahnya adalah dimulakan dari seorang guru biasa.


Kami , Guru Malaysia
Teruja pada sebuah ingatan para warga
Menyulam bangga, pabila generasi masih menghargai
Berjasa dan berbakti
Mendidik dan memimpin pada pertiwi
Secebis keringat, namun bekasnya bersemi
Citra dan cita murni profesion kami
Ikrar  dan janji sampai ke mati.


Aduhai, bangsaku, bangsa Malaysia
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan langkah bemula
Kini melonjak Keberhasilan Kualiti Pendidikan negara
Tranformasi Pendidikan, satu rangka membina bangsa berjaya
Modal insan berperibadi mulia harapan utama
Niat murni, mengangkasa bangsa, dilaksana
Pendidikan Negara Bertaraf Dunia cita-cita bersama.

Aduhai, Guruku, Guru Malaysia
Marilah...! Kita bangkit dari lena yang panjang
Memimpin dan mencipta, bangsa merdeka
Demi Malaysia tanah air tercinta
Bumi merdeka – negara nan berdaulat
Keamanan, kemakmuran, kita harumkan.

Bersatu aku di bawah payung Malaysia
Berdiri  kami di bawah pohon Malaysia
Berfikir  semua sebagai anak Malaysia
Perpaduan Kebangsaan kita semaikan
Menuai hasil berisi, penuh restu di telapak tangan.

Wawasan pemimpin - 1 Malaysia, harapan mulia
‘ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan ’
Menyentuh kalbu, bertaut kasih pada rindu
Bangsa Malaysia bangkit menjadi bangsa peneraju.

Mari ... !  Mari ...!  Kita sebarkan
Agenda Pendidikan negara berteras 1Malaysia
Guru 1Malaysia - Penjana Modal Insan Cemerlang
Guru 1Malaysia - Pembina Negara Bangsa Gemilang
Guru 1Malaysia - Pemangkin Pendidikan Terbilang.

Guru 1Malaysia
Tidak rela, rumah Malaysia nan harmoni ini
Hancur lebur, dek rapuhnya patriotisme bangsa
Mekarnya gagasan 1Malaysia
Perpaduan bangsa, kami ajarkan
Pada anak didik , generasi penerus warisan.

Aduhai, Guru 1Malaysia
Marilah, kita kotakan apa yang dikata
Membulatkan harapan menuju puncak jaya
Menyambung tangan, merealisasikan integrasi bangsa
Kualiti pendidikan kita, menjulang, menyinar di segenap benua.

Sejahteralah  negaraku Malaysia, negara berdaulat
Sejahteralah bangsaku Malaysia, bangsa merdeka
1 Malaysia – 1 Semangat - 1 Harapan
Malaysia negaraku berjaya di pentas dunia.


Ini sumpah, Guru Malaysia !
Sederap  - serentak, seirama melangkah
Mekarnya gagasan, negaraku Malaysia nan tercinta
Mengotakan janji, menggapai cita-cita.


Terima kasih...

P/s : Bila saya baca sajak nii naik bulu roma....terasa bersemanggat gituu...Jadi lah guru dan pendidik yang ikhlas lagi murnii/...Hidupppppppppppp cikguu

Hujung Minggu Buat Kerja Rumah...

Salam Tengah hari dan
salam satu Malaysia buat
rakyat Malaysia yang tercinta...Hello!!!;;;;;Hello
harap semuanyeee gembira dan suka2222..

Hari ni saya nak konsi cerita sikit gan kekangwan nii.
Cerita hari minggu saya...

Yaaa Allah bukan main penat sekali minggu nii.
Saya gan my lovely kemas umah yang macam tokang pecah...
Apa tak nyeee rumah dah mula bersawang....

Pokok bunga depan umah tak terjaga..Baru nak bajakan,,nak gemburkan,
nak cabut rumput depan umah..Adohhhh belum lagi yang dalam rumah..
Kain berbukit2 tak dilipat..Almari baju baru nak dibeli....
(Baru pindah umah la katakan) sebelum nii dok guna harta
kerajaan yang free jeee..Bayar jugak sewa kuarters(Heeeee)
soo tak pernah la wujud almari baju..Tuuup22 dapat pindah dok gan suami
kelam kabut jadinyeee.Kena beli semuanyeee balikk..la. 
Tapi tak la sampai beli sekali gus....Saya beli sedikit2 jee
saya and my lovely tak suka hutang..

Dapat jee gaji bulan beli satu dulu..Bulan depan beli plak...
Sampai penuh la umah barang yang diperlukan..
(bak kata orang tua-tua sikit-sikit lama2 jadi bukit) Heeee.......

Sambung balik bab baju berbukit tuu...Masa tinggal berasingan gan
suami dulu saya rajin beli kain buat baju ..jadi banyak la koleksi baju
kerja saya...Bila dapat pindah tak dapat nak kerluarkan semua.....
masih di dalam beg plastik lagi...Almari tak dak.......nak letak mana.?

Hai kalau saya ada kuasa dalam drama Jinie tuuu
tahu la apa yang saya nak buat...(Heeee berangan jeee)
Saya akan tukarkan rumah sewa yang kecil tuu jadi
besor 5 bilik khas bubuh baju jeee.
Saya akan penuhkan bilik dengan almari baju.
Saya akan tukarkan lipas tuu jadi pembantu
saya (kerja lipat kain) Heeee
Saya akan hijaukan laman saya gan pokok bunga.
.(Pokok bunga jiran pokok bunga saya jugak)
Hijaukan bumiiii .......Kita

Moralnyeee: Jangan dok tangguhkan kerja////Buat terus agar kain baju tak bertimbun....


30 Oktober 2010

Ragam Anak ku..

Ini adalah makanan kesukaan anak ku si Ra'bain (Yogurt)
Kalau bagi cawan yang kecil nii habis kat dia sorang jee.
Saya kalau beli yogurt ni banyak2 sembunyi dulu.Keluarkan satu2..Kalau tak jawabnyee
tak merasa la mama n abahnyee.

Tu dia comot nyee makan yogurt.Bukan kat mulut jee tapi satu badan..Rabain nii dia suka lulur badan gan yogurt
nak awek muda dan bagi tengang kulit,,Heee boleh cuba petua rabain nii yee...Cubaa lahhh

Ini rupa rabain dok makan n sedang tengok rancangan kegemarannyee..( ASTRO CERIA 611)
Leka sekali...Dia YEEE




Adik yee si adihattim pun suka jugak tengok gambor katun kat ASTRO CERIA tuu..


Ini la cerita Kampung Boy yang Anak2 ku sedang lihat..
Cerita ini mengisahkan ajen 007 dan rakan2nyee sedang menyiasat cikgu kesayangan mereka nak
bunuh Tok Mat........Nak tau Tok Mat mati ke tak Lihat la sendiri Cerita nii..Layannnnnnn

29 Oktober 2010

Program "MAKK"


MAKK itu apa ee??? MAKK tu Majlis Anugerah Ko-ko kat sekolah saya..
Persembahan pelajar .Bukan main semanggat lagi pelajar-pelajar nii..Yee la bukannyee selalu boleh buat persembahan macam nii..


Haaa ini adalah rakan-rakan guru kat sekolah ku...Bukan main bergaya lagi kann..
Cikgu-cikgi kat sini kalau disuruh melaram no.1..Macam2 gaya boleh jumpa..
Heee//////termasuk la saya...:)))))

Ini plak pelajar  tengah dok dikir barat..Comel2 belake cewet2 nii...Ada harapan wakil Malaysia nii....

27 Oktober 2010

Bola ohhh bola!!!!

Macam-macam cerita tentang sepak bola nii yee...sekarang heboh harga tiket naik...Patut ke tak patut!!!!!
Mari kira renung2 berita di bawah niii,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

MAHAL, zalim dan cekik darah. Itu antara rungutan peminat setia pasukan The Red Warriors yang menyelar tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Tahun lepas, kedua-dua pasukan juga pernah bertembung di pentas akhir merebut piala berprestij tanah air itu yang mana kehadiran penyokong mencatat sejarah paling ramai pernah dihimpunkan dalam satu perlawanan bola sepak tempatan.
Ketika itu tiket dijual dengan harga RM20 dan secara tiba-tiba, musim ini FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 sehingga menimbulkan kemarahan seluruh peminat bola sepak Kelantan yang merasakan harga tersebut adalah terlalu tinggi.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, tindakan tersebut dilihat satu lagi usaha FAM untuk menjatuhkan masa depan bola sepak Kelantan.
Menurutnya, selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk yang terbaru menggantung khidmat jurulatih B. Sathianathan sebelum kes tersebut ditangguhkan untuk perbicaraan semula, isu tiket kembali menjadikan FAM mangsa kecaman.
“Saya tidak melihat di mana relevannya harga tiket tersebut perlu dinaikkan. FAM perlu memberi penjelasan kenapa harga tiket ini naik berbanding tahun lalu yang dijual pada harga RM20.
“Pada pendapat saya, harga ini dinaikkan selepas melihat penyokong Kelantan yang begitu ramai membanjiri stadium pada perlawanan akhir musim lalu dan ini adalah masa yang baik untuk FAM mengaut keuntungan,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, pertimbangan- pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil kira oleh FAM termasuklah peminat bola sepak Kelantan bukannya terdiri daripada golongan yang berada tetapi mereka yang berpendapatan rendah, namun cintakan bola sepak tempatan.

Jelasnya, sekiranya FAM menggunakan helah menaikkan harga untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana menyangka peminat bola sepak Kelantan pasti akan ke stadium walaupun dengan tiket yang mahal, tidak mustahil sambutan perlawanan akhir kali ini akan dingin.
“Penyokong tidak bodoh. Kami bukan orang berada. Ada yang bekerja sebagai buruh dan petani hanya memperoleh gaji sekitar RM150 seminggu dan ini pastinya membebankan dan tidak mustahil sekiranya mereka membatalkan hasrat untuk ke stadium.
“Sepatutnya FAM memberi sokongan dalam usaha memajukan bola sepak tempatan selepas melihat sambutan peminat yang semakin ramai mengunjungi stadium tetapi tindakan ini sekali lagi dilihat sebagai cubaan ‘membunuh’ masa depan bola sepak khasnya di Kelantan,” ujarnya.
Selain itu, mereka juga turut kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang seperti ‘menangguk di air keruh’ apabila menaikkan lagi harga tiket daripada RM30 kepada RM40 dengan kononnya menyediakan pakej termasuk barangan cenderahati.

Petikan maklumat dari kelatan.net
p/s: moralnyee majulah sukan untuk negara bangsa dan agama..
p/s: jangan gaduh2.Hiduplah dalam harmoni, aman dan damai...Amin

Malassss.....ohhhh Malass

Malam yang gelap lagi sunyi serta sepi,
Ohh malam kenapa ku terlalu malas,
Wahai malam kejutkanlah daku,
Dari malas44 serta malas lagi,
                    Ooohh malas pergilah jauh,
                    Jauh nun dilautan hindi,
                    Akan ku kenangkan kau,
                    Bila kau datang kembali,,
Akan ku gagahi jua,
Tengtang malas di malam sepi,
Kini aku sendiri lagi,
Mengenang diri yang sering malas44,
                     Puhh kanan...Puhh kiri
                     Bangkitkan semanggat diri,
                     Wahai malas pergilah jauh-jauh,
                    Agar aku boleh berblog lagi,


p/s: Hasil Nukilan si Bain N Adi,,,,,,,,,,cheyy wahhh

26 Oktober 2010

Solar cooker!!!!

Pelajar sedang buat solar cooker tuu..
Tak tahu la bentuk apa yang akan jadi nanti .Tunggu!!! dan lihat!!

Salah satu kumpulan pelajar persembahkan hasil diaorang..
Bersemanggat sakan diaorang nii yeee..Panjang lebar dok terang..
Entahla aku pun  tak faham apo yang diterangkan Heee..Cikgunyee dok kat belakang mana
nak dengar...

Ha ini masa yang ditunggu2..kump.nii masak telur..
Ohhhh berpeluh ketiak nii dok tunggu telurnyee masakk..
Bukannyee tak masak cuaca tak mengizinkan..
Ok la pelajar kita sambung dilain masa yang cuacanyee terik seterik-teriknyaa yee.
Kemas semua..CCCC...UUUU

25 Oktober 2010

Hujung Minggu ku..Bersama pelajar kuuu...

Ambooi ada gaya jadi tukang masak nii..Nanti kita tengok jadi ke tak kek yang dibuat tuu.

Haa nii pelajor kuu tengah dok gliss kan acuan .Nak bakor kekk la kann

Haa tuu apa tuu yang dok pot-pet22 tuu..Dah siap ke belumm..Penat akak dok terpekik-pekik.
Tapi tak pa iklas ngajar la katakan..Tak boleh nak berkira sangat.

Cepat la bakar sayang..Masa tu mencemburui kitaa..

Haaa!! ini la hasil kerja pelajor2 kuu..Macam mana??Walau pun rupanyaa tak menarik tapi sedap hooo..
Taniah kepada pelajor2 kuu.Dan terima kasih kepada kak Noraini coz saya try risipi kek cawan dalam blog dia...Jemput222 rama Heee

24 Oktober 2010

Iklan Beca Terbang



Anak2 saya tidor time nii....Baru sempat saya nak baca paper...
Belek punya belak saya jumpa berita tentang iklan beca terbang...Apa tuuu???..Ni la saya nak bagi tau kat hang pa nohh..
Rakan-rakan bloger perasan tak iklan nii keluar waktu puasa,,,,nak dekat raya.Tapi kejab jeee..Ala yang beca terbang tuu.
Mula -mula saya tengok iklan tuu saya tertanya-taya kita nii melayuu dan islam plak tuu..kenapa di org buat iklan sebijik tiru stail rusa kutub utara boleh terbang nak sambut krismas....Saya pun rasa pelik dan di dalam hati tertaya-taya siapa yang buat iklan nii eeee....Lepas baca paper hari nii baru tahu iklan tuu dikeluarkan oleh stasyen tV berbayar ni..Betul jugak kata pengarang akhbar tuu katanya: Kalau nak buat iklan tuu perlu fikir dulu jangan sampai "membakar"sentimen keagamaan dan perkauman...
Nasihat saya berhati-hatilah dan jagalah hati dan perasaan semua kauam kat Malaysia nii...

p/s : Betul takkk.......Heee

21 Oktober 2010

Tepung Gandum...

Hello semua.. saya ada Info terkini buat rakan pembaca..Semestinya semua rakan pembaca biasa dan selalu menggunakan tepung gandum(termasuk la saya)..Kebiasaannya tepung gandum nii kita selalu buat kuih tempatan ,,kek atau pun biskut laa...Tengah cari maklumat tentang tepung niii untuk tugasan pelajar....Tup!!tup!!! tau apa yang saya jumpa?????

bACA INFO DI BAWAHHH.......
Apakah  Benzoyl Peroxide (Bahan yang dimasukkan ke dalam tepung) adalah :

· Bahan toksik

· Bahan penggalak tumor

· Boleh menyebabkan alahan pada kulit

· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.


p/s:  Pilih lah makanan yang baik dan sihat  :)))



20 Oktober 2010

Album Anakku....

Adihattim...(Yahooo berjaya))):)
Ha!! Ha!!!! Apa tuuuu.....Gayanya macam nak ambil sesuatu...



Dah bergerak dari kedudukan asal ..!!!Haaaaa


Aduhhh mama Adi dah penat niii!!!  Angkat laa adii..Huwaaa

19 Oktober 2010

Selamat Tengah Hari Semua......

Teruskan senyum anda lagii......Waktu nii ada cabaran sikit...Ada sesetengah orang tu tak dapat nak senyum sebab lapor...Belum makan tengah hari lagi la katakan...HEEeeee saya la..   tuu...Tapi saya kuatkan semangat jugak teruskan senyum....Sebab tadi dah janji nak senyum sampai habis kerja...Heee..
Siap nyayi lagu SENYUM:::????? Tahu lagu tuuu....
SENYUM SEINDAH SURIA
DENGAN SENYUMAN
MEMBAWA KEBAHAGIAAN.......Gitu laaa liriknyaa yang saya ingat laa....

Ohhh ya lupa plak lagi yang belum makan tengah hari tu berbanyak sabor yeee,,
jab lagi kita sama-sama makan. Saya belanjer semua...Bayar sendiri tau.....Jangan marahh...

Selamat Pagi Semua.....

Orang kata waktu pagi-pagi ni kena banyak senyum....Kalau boleh senyum tuu bialah sampai telinga...Heeeeeeee.......Bunkannya apa saya rasa senyum itu pengumbat duka,
                                                                            senyum itu sedekah,
                                                                            senyum itu awek muda dan senyum2222 juga menjadikan hari kita seindah surga....Betul tak.....Bila kita senyum orang lihat kita senang, kerja jadi senang dan beres,,,Tak stresss... dan banyak lagi laaa sampai tak tertulis kat sini,,,,Woww nampaknyee akak gembira hari niii????...Apa tak yee hari nii saya dah dapat pergi kerja ..sebab semalam saya mc sakit..Anak pun dah kurang sikit panasnyeee...kurang sikit merengeknyeee...NaNTI kita sambung lagi nak gi minum pagi jab...BYee C U

18 Oktober 2010

Geramnyeeeee

Wahai kawan-kawan kat cini saya nak konsi cerita :///lebih kurang meluahkan perasaan laaa...Saya heran laa..Perangai orang kat tempat kerja saya.....Orang lain yang buat preogram ...orang lain plak yang kena...buat......Yang kenanya sayala...Oreang baru la katakan....BENCINYEEE....bukannya apa...tolong la faham saya tak dapat  pergi kereja sebab saya n anak demam......Siap calll lagi suruh saya bawa budak pergi program kat satu tempat nii yang dia org buat...Saya yang tak tahu apa22 nii disuruhnyaa..Tolong laa jangan buli saya.,....Tapi saya terus tolak arahan dia org tuu..sebab tak dak surat hitam putih yang suruh saya bawa budak pergii..Saya pun tak tahu itu atas arahan siapa...(Bos Ke atau dia org kee)...Kadang-kadang tak boleh baik sanggat gan org2 nii..Bila baik jee dia Org nak pijak kepala kita...Bukan saya tak nak tolong saya tak boleh tolong dengan anak yang tak sihat saya,, sendiri pun tak sihat,,,.Saya rasala dia org nak lari dari tanggungjawab dia org...pakai suruh org lain jee gantikan....HEEE Geramnyeee...

ps:////betul takkkk

Adihattim

ni anak yang ke-2 Adihattim namanya.....
Hemsem kannnnnn.....HEEEE

Ulang tahun Anakku...

Kek Rabain (Beli yang dah siap jeee..)
Ingat nak belikan kek Ben 10 tapi tak dak plak pilihan...Kena tempah dulu,,,Tu yang jadi kek buah tuu.
 <><>
<>
<><>
Buakan main lagi si Raabain tiup lilin keknyeee


15 Oktober 2010

Wedding Off This Years!!!!!

Wowww best kan jadi anak jutawannn.........
Pengantin lelaki tu member satu kelas masa belajor kat UITM merbok.....Kahwinn jugak jimiee eee
Semoga bahagian seumur hidup dan dapat anak ramai22

13 Oktober 2010

Kopi "o" Panas/// huuu Sedapnya...

Segar rasanya bila dapat minum kopi 'o' panas malam-malam nii..Bukannya apa nak segarkan badan yang lesu niii..Penat gan kelas sampai petang .Si abang n adik deman plak..Punya susah nak bagi anak saya tuu tidorrr....Saya pulak dah nak dapat virus anak2...Terasa letih badan n sakit tekak...Ya Allah ya tuhan kuu jauhkanlah segala penyakit dan kuatkanlah tubuh badanku  agar aku dapat uruskan anak2,,pelajar kuu dan suamikuu serta diriku.. Aminn...

12 Oktober 2010

Patut Ambil Pembantu Rumah kee Tak!!!!!

Sebenornye tak dak niat pun nak ambil pembantu umah nii...Kalau boleh saya nak buat sendiri kerja umah nii. Macam 'SUPER MAMA' ..Tapi sejak akhir-akhir ni..terasa teringin sangat ada pembantu uruskan anak gan umah...bukan suamiyeeee..Sejak lahirkan anak yang no.2 nii badan asyik sakit jee..kejab2 salah urat la..Sakit sini sakit sanalah...yang jadi mangsa saya suami la..Kena tolongt urutkan...Kesiannn...///:)..
Tapi daripada cerita kengkawan saya pembantu umah nii ada yang ok dan ada yang tak ok...BETUL KEEE..???Takut jugak saya nak ambill..Banyak risiko yee..SAYA KAGUM GAN WANITA yang ada ramai anak dan bekerjaya..Boleh uruskan suami,,anak dan umah serta kerjaya..Itu barunya SUPER POWER MAMA>>>Sesiapa saja yang ada super power (Bukan kopi super power tu yee) bagi la kat saya petua sikit..terutamanya nak mengelakkan badan dari sakit2..:))))