Adik (Bain)

Adik (Bain)
Adihattim

30 Oktober 2010

Ragam Anak ku..

Ini adalah makanan kesukaan anak ku si Ra'bain (Yogurt)
Kalau bagi cawan yang kecil nii habis kat dia sorang jee.
Saya kalau beli yogurt ni banyak2 sembunyi dulu.Keluarkan satu2..Kalau tak jawabnyee
tak merasa la mama n abahnyee.

Tu dia comot nyee makan yogurt.Bukan kat mulut jee tapi satu badan..Rabain nii dia suka lulur badan gan yogurt
nak awek muda dan bagi tengang kulit,,Heee boleh cuba petua rabain nii yee...Cubaa lahhh

Ini rupa rabain dok makan n sedang tengok rancangan kegemarannyee..( ASTRO CERIA 611)
Leka sekali...Dia YEEE




Adik yee si adihattim pun suka jugak tengok gambor katun kat ASTRO CERIA tuu..


Ini la cerita Kampung Boy yang Anak2 ku sedang lihat..
Cerita ini mengisahkan ajen 007 dan rakan2nyee sedang menyiasat cikgu kesayangan mereka nak
bunuh Tok Mat........Nak tau Tok Mat mati ke tak Lihat la sendiri Cerita nii..Layannnnnnn

29 Oktober 2010

Program "MAKK"


MAKK itu apa ee??? MAKK tu Majlis Anugerah Ko-ko kat sekolah saya..
Persembahan pelajar .Bukan main semanggat lagi pelajar-pelajar nii..Yee la bukannyee selalu boleh buat persembahan macam nii..


Haaa ini adalah rakan-rakan guru kat sekolah ku...Bukan main bergaya lagi kann..
Cikgu-cikgi kat sini kalau disuruh melaram no.1..Macam2 gaya boleh jumpa..
Heee//////termasuk la saya...:)))))

Ini plak pelajar  tengah dok dikir barat..Comel2 belake cewet2 nii...Ada harapan wakil Malaysia nii....

27 Oktober 2010

Bola ohhh bola!!!!

Macam-macam cerita tentang sepak bola nii yee...sekarang heboh harga tiket naik...Patut ke tak patut!!!!!
Mari kira renung2 berita di bawah niii,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,

MAHAL, zalim dan cekik darah. Itu antara rungutan peminat setia pasukan The Red Warriors yang menyelar tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Kelantan dengan Negeri Sembilan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Tahun lepas, kedua-dua pasukan juga pernah bertembung di pentas akhir merebut piala berprestij tanah air itu yang mana kehadiran penyokong mencatat sejarah paling ramai pernah dihimpunkan dalam satu perlawanan bola sepak tempatan.
Ketika itu tiket dijual dengan harga RM20 dan secara tiba-tiba, musim ini FAM menaikkan harga tiket kepada RM30 sehingga menimbulkan kemarahan seluruh peminat bola sepak Kelantan yang merasakan harga tersebut adalah terlalu tinggi.
Timbalan Presiden Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan (Kelate.Net), Nik Mohd. Sallehuddin Nik Abdul Razak berkata, tindakan tersebut dilihat satu lagi usaha FAM untuk menjatuhkan masa depan bola sepak Kelantan.
Menurutnya, selepas pelbagai usaha dilakukan termasuk yang terbaru menggantung khidmat jurulatih B. Sathianathan sebelum kes tersebut ditangguhkan untuk perbicaraan semula, isu tiket kembali menjadikan FAM mangsa kecaman.
“Saya tidak melihat di mana relevannya harga tiket tersebut perlu dinaikkan. FAM perlu memberi penjelasan kenapa harga tiket ini naik berbanding tahun lalu yang dijual pada harga RM20.
“Pada pendapat saya, harga ini dinaikkan selepas melihat penyokong Kelantan yang begitu ramai membanjiri stadium pada perlawanan akhir musim lalu dan ini adalah masa yang baik untuk FAM mengaut keuntungan,” katanya ketika ditemui semalam.
Tambahnya, pertimbangan- pertimbangan yang sewajarnya perlu diambil kira oleh FAM termasuklah peminat bola sepak Kelantan bukannya terdiri daripada golongan yang berada tetapi mereka yang berpendapatan rendah, namun cintakan bola sepak tempatan.

Jelasnya, sekiranya FAM menggunakan helah menaikkan harga untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda kerana menyangka peminat bola sepak Kelantan pasti akan ke stadium walaupun dengan tiket yang mahal, tidak mustahil sambutan perlawanan akhir kali ini akan dingin.
“Penyokong tidak bodoh. Kami bukan orang berada. Ada yang bekerja sebagai buruh dan petani hanya memperoleh gaji sekitar RM150 seminggu dan ini pastinya membebankan dan tidak mustahil sekiranya mereka membatalkan hasrat untuk ke stadium.
“Sepatutnya FAM memberi sokongan dalam usaha memajukan bola sepak tempatan selepas melihat sambutan peminat yang semakin ramai mengunjungi stadium tetapi tindakan ini sekali lagi dilihat sebagai cubaan ‘membunuh’ masa depan bola sepak khasnya di Kelantan,” ujarnya.
Selain itu, mereka juga turut kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang seperti ‘menangguk di air keruh’ apabila menaikkan lagi harga tiket daripada RM30 kepada RM40 dengan kononnya menyediakan pakej termasuk barangan cenderahati.

Petikan maklumat dari kelatan.net
p/s: moralnyee majulah sukan untuk negara bangsa dan agama..
p/s: jangan gaduh2.Hiduplah dalam harmoni, aman dan damai...Amin

Malassss.....ohhhh Malass

Malam yang gelap lagi sunyi serta sepi,
Ohh malam kenapa ku terlalu malas,
Wahai malam kejutkanlah daku,
Dari malas44 serta malas lagi,
                    Ooohh malas pergilah jauh,
                    Jauh nun dilautan hindi,
                    Akan ku kenangkan kau,
                    Bila kau datang kembali,,
Akan ku gagahi jua,
Tengtang malas di malam sepi,
Kini aku sendiri lagi,
Mengenang diri yang sering malas44,
                     Puhh kanan...Puhh kiri
                     Bangkitkan semanggat diri,
                     Wahai malas pergilah jauh-jauh,
                    Agar aku boleh berblog lagi,


p/s: Hasil Nukilan si Bain N Adi,,,,,,,,,,cheyy wahhh

26 Oktober 2010

Solar cooker!!!!

Pelajar sedang buat solar cooker tuu..
Tak tahu la bentuk apa yang akan jadi nanti .Tunggu!!! dan lihat!!

Salah satu kumpulan pelajar persembahkan hasil diaorang..
Bersemanggat sakan diaorang nii yeee..Panjang lebar dok terang..
Entahla aku pun  tak faham apo yang diterangkan Heee..Cikgunyee dok kat belakang mana
nak dengar...

Ha ini masa yang ditunggu2..kump.nii masak telur..
Ohhhh berpeluh ketiak nii dok tunggu telurnyee masakk..
Bukannyee tak masak cuaca tak mengizinkan..
Ok la pelajar kita sambung dilain masa yang cuacanyee terik seterik-teriknyaa yee.
Kemas semua..CCCC...UUUU

25 Oktober 2010

Hujung Minggu ku..Bersama pelajar kuuu...

Ambooi ada gaya jadi tukang masak nii..Nanti kita tengok jadi ke tak kek yang dibuat tuu.

Haa nii pelajor kuu tengah dok gliss kan acuan .Nak bakor kekk la kann

Haa tuu apa tuu yang dok pot-pet22 tuu..Dah siap ke belumm..Penat akak dok terpekik-pekik.
Tapi tak pa iklas ngajar la katakan..Tak boleh nak berkira sangat.

Cepat la bakar sayang..Masa tu mencemburui kitaa..

Haaa!! ini la hasil kerja pelajor2 kuu..Macam mana??Walau pun rupanyaa tak menarik tapi sedap hooo..
Taniah kepada pelajor2 kuu.Dan terima kasih kepada kak Noraini coz saya try risipi kek cawan dalam blog dia...Jemput222 rama Heee

24 Oktober 2010

Iklan Beca Terbang



Anak2 saya tidor time nii....Baru sempat saya nak baca paper...
Belek punya belak saya jumpa berita tentang iklan beca terbang...Apa tuuu???..Ni la saya nak bagi tau kat hang pa nohh..
Rakan-rakan bloger perasan tak iklan nii keluar waktu puasa,,,,nak dekat raya.Tapi kejab jeee..Ala yang beca terbang tuu.
Mula -mula saya tengok iklan tuu saya tertanya-taya kita nii melayuu dan islam plak tuu..kenapa di org buat iklan sebijik tiru stail rusa kutub utara boleh terbang nak sambut krismas....Saya pun rasa pelik dan di dalam hati tertaya-taya siapa yang buat iklan nii eeee....Lepas baca paper hari nii baru tahu iklan tuu dikeluarkan oleh stasyen tV berbayar ni..Betul jugak kata pengarang akhbar tuu katanya: Kalau nak buat iklan tuu perlu fikir dulu jangan sampai "membakar"sentimen keagamaan dan perkauman...
Nasihat saya berhati-hatilah dan jagalah hati dan perasaan semua kauam kat Malaysia nii...

p/s : Betul takkk.......Heee

21 Oktober 2010

Tepung Gandum...

Hello semua.. saya ada Info terkini buat rakan pembaca..Semestinya semua rakan pembaca biasa dan selalu menggunakan tepung gandum(termasuk la saya)..Kebiasaannya tepung gandum nii kita selalu buat kuih tempatan ,,kek atau pun biskut laa...Tengah cari maklumat tentang tepung niii untuk tugasan pelajar....Tup!!tup!!! tau apa yang saya jumpa?????

bACA INFO DI BAWAHHH.......
Apakah  Benzoyl Peroxide (Bahan yang dimasukkan ke dalam tepung) adalah :

· Bahan toksik

· Bahan penggalak tumor

· Boleh menyebabkan alahan pada kulit

· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.

· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.

Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.

Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini. Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih. Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot. Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.

Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.


p/s:  Pilih lah makanan yang baik dan sihat  :)))



20 Oktober 2010

Album Anakku....

Adihattim...(Yahooo berjaya))):)
Ha!! Ha!!!! Apa tuuuu.....Gayanya macam nak ambil sesuatu...



Dah bergerak dari kedudukan asal ..!!!Haaaaa


Aduhhh mama Adi dah penat niii!!!  Angkat laa adii..Huwaaa

19 Oktober 2010

Selamat Tengah Hari Semua......

Teruskan senyum anda lagii......Waktu nii ada cabaran sikit...Ada sesetengah orang tu tak dapat nak senyum sebab lapor...Belum makan tengah hari lagi la katakan...HEEeeee saya la..   tuu...Tapi saya kuatkan semangat jugak teruskan senyum....Sebab tadi dah janji nak senyum sampai habis kerja...Heee..
Siap nyayi lagu SENYUM:::????? Tahu lagu tuuu....
SENYUM SEINDAH SURIA
DENGAN SENYUMAN
MEMBAWA KEBAHAGIAAN.......Gitu laaa liriknyaa yang saya ingat laa....

Ohhh ya lupa plak lagi yang belum makan tengah hari tu berbanyak sabor yeee,,
jab lagi kita sama-sama makan. Saya belanjer semua...Bayar sendiri tau.....Jangan marahh...

Selamat Pagi Semua.....

Orang kata waktu pagi-pagi ni kena banyak senyum....Kalau boleh senyum tuu bialah sampai telinga...Heeeeeeee.......Bunkannya apa saya rasa senyum itu pengumbat duka,
                                                                            senyum itu sedekah,
                                                                            senyum itu awek muda dan senyum2222 juga menjadikan hari kita seindah surga....Betul tak.....Bila kita senyum orang lihat kita senang, kerja jadi senang dan beres,,,Tak stresss... dan banyak lagi laaa sampai tak tertulis kat sini,,,,Woww nampaknyee akak gembira hari niii????...Apa tak yee hari nii saya dah dapat pergi kerja ..sebab semalam saya mc sakit..Anak pun dah kurang sikit panasnyeee...kurang sikit merengeknyeee...NaNTI kita sambung lagi nak gi minum pagi jab...BYee C U

18 Oktober 2010

Geramnyeeeee

Wahai kawan-kawan kat cini saya nak konsi cerita :///lebih kurang meluahkan perasaan laaa...Saya heran laa..Perangai orang kat tempat kerja saya.....Orang lain yang buat preogram ...orang lain plak yang kena...buat......Yang kenanya sayala...Oreang baru la katakan....BENCINYEEE....bukannya apa...tolong la faham saya tak dapat  pergi kereja sebab saya n anak demam......Siap calll lagi suruh saya bawa budak pergi program kat satu tempat nii yang dia org buat...Saya yang tak tahu apa22 nii disuruhnyaa..Tolong laa jangan buli saya.,....Tapi saya terus tolak arahan dia org tuu..sebab tak dak surat hitam putih yang suruh saya bawa budak pergii..Saya pun tak tahu itu atas arahan siapa...(Bos Ke atau dia org kee)...Kadang-kadang tak boleh baik sanggat gan org2 nii..Bila baik jee dia Org nak pijak kepala kita...Bukan saya tak nak tolong saya tak boleh tolong dengan anak yang tak sihat saya,, sendiri pun tak sihat,,,.Saya rasala dia org nak lari dari tanggungjawab dia org...pakai suruh org lain jee gantikan....HEEE Geramnyeee...

ps:////betul takkkk

Adihattim

ni anak yang ke-2 Adihattim namanya.....
Hemsem kannnnnn.....HEEEE

Ulang tahun Anakku...

Kek Rabain (Beli yang dah siap jeee..)
Ingat nak belikan kek Ben 10 tapi tak dak plak pilihan...Kena tempah dulu,,,Tu yang jadi kek buah tuu.
 <><>
<>
<><>
Buakan main lagi si Raabain tiup lilin keknyeee


15 Oktober 2010

Wedding Off This Years!!!!!

Wowww best kan jadi anak jutawannn.........
Pengantin lelaki tu member satu kelas masa belajor kat UITM merbok.....Kahwinn jugak jimiee eee
Semoga bahagian seumur hidup dan dapat anak ramai22

13 Oktober 2010

Kopi "o" Panas/// huuu Sedapnya...

Segar rasanya bila dapat minum kopi 'o' panas malam-malam nii..Bukannya apa nak segarkan badan yang lesu niii..Penat gan kelas sampai petang .Si abang n adik deman plak..Punya susah nak bagi anak saya tuu tidorrr....Saya pulak dah nak dapat virus anak2...Terasa letih badan n sakit tekak...Ya Allah ya tuhan kuu jauhkanlah segala penyakit dan kuatkanlah tubuh badanku  agar aku dapat uruskan anak2,,pelajar kuu dan suamikuu serta diriku.. Aminn...

12 Oktober 2010

Patut Ambil Pembantu Rumah kee Tak!!!!!

Sebenornye tak dak niat pun nak ambil pembantu umah nii...Kalau boleh saya nak buat sendiri kerja umah nii. Macam 'SUPER MAMA' ..Tapi sejak akhir-akhir ni..terasa teringin sangat ada pembantu uruskan anak gan umah...bukan suamiyeeee..Sejak lahirkan anak yang no.2 nii badan asyik sakit jee..kejab2 salah urat la..Sakit sini sakit sanalah...yang jadi mangsa saya suami la..Kena tolongt urutkan...Kesiannn...///:)..
Tapi daripada cerita kengkawan saya pembantu umah nii ada yang ok dan ada yang tak ok...BETUL KEEE..???Takut jugak saya nak ambill..Banyak risiko yee..SAYA KAGUM GAN WANITA yang ada ramai anak dan bekerjaya..Boleh uruskan suami,,anak dan umah serta kerjaya..Itu barunya SUPER POWER MAMA>>>Sesiapa saja yang ada super power (Bukan kopi super power tu yee) bagi la kat saya petua sikit..terutamanya nak mengelakkan badan dari sakit2..:))))

07 Oktober 2010

Kerjaya Anak...









Dok saja2 nii terfikir plak tentang kerjaya anak-anak..Bila besor nanti jadi apa ye????
Loyer...Pilot.....designer ... penyayi...pelakonn atau macam mama dia kot jadi cikguu...entah laa..
Harap2 jadi anak yang soleh dan solehah la yee...---Amin :)

Ohh ya akak nak konsi sikit gan kekangwan nii....
Tentang bulan kelahiran anak..Ilmu ini pun akak dapat kat makcik cuci kat tempat akak kerja..
Katanya anak yang lahir bulan oktober nii..Nakal, keras hati,,keras kepala...Kalau katanya A.
A  la.. Betoii ke tu........Hemmmmm????

05 Oktober 2010

Kahwin lari !!! (Jangan )

Tanam pinang rapat-rapat
Agar puyuh tidak lari
Ku pinang Pinang tak dapat
Terus ku bawa lari...........

Ehhh zaman sekarang ni orang pempuan bawa lari orang lelaki...Pecaya ke takkk!!!!..
Kesian mak bapak si lelaki tuu eee..Yeee la kaum hawa kat dunia nii makin bertambah...Lelaki plak
ramai jugak tapi pi pusat asuhan atau pusat serenti....(ehh jangan sebut kuat2 nanti ada yang terasa)
Yang ok sikit terus dikebas dek si dara atau mak dara....Nasib laa.....
Setujuk tak!!!!?

04 Oktober 2010

Isteri Masak atau Suami Masak?????

Hari ini penat sanggat..Sebab anak sulong demam panas(Bain)..Aduh risaunyee..
Akak pergi jugak kerja..Yee la orang baru dan lagipun cuti tahunan dah habis ambil untuk bersalin kat kampung..Nasib baik suami ada..Suami yang uruskan anak demam..Dan yang bestnyee suami call tak payah makan kat luar dia masak kat umah...Waww bestyee dapat rasa masakan suami...
Ini bukannye kali pertama...Sebelum ini pun suami pernah masak......Tapi hari ini rasa lain sikit..Sebab akak baru dapat bersama dengan suami setelah 3 tahun tinggal berasingan...
Apa yang suami akak masak yeeee!!!!!!

03 Oktober 2010

Anak2 ku Dan Zoooo...

Ini la gaya happy anak-anak ku... Bila dah dapat pergi zoo..
Bukan main seronokyee si abang (Bain).  Adik biasa-biasa jeee.Tak boleh nak cakap lagi la katakan..Kalau boleh cakap nanti tak tahu laaa akak nak layan....
Nasib bail si maksu yee ada sekali.......Boleh tengok-tengokkan bain gi tengok unta...Mama...Mama tiger bunyi Aummmm...

Dah pernat bekerja elok juga bawa anak-anak pergi jalan2...Akak dapat jugak berhibur...Anak dapat berhibur dan dapat penat sekali...Balik umah lepas jeee mandi terus tertidur abang dan adik......
Fuuhh.. Lega rasanya..Dapat rehat sorang2 coz anak dah tidur...Haaaa..Haaaa....